KOLEJ MATRIKULASI TEKNIKAL KEDAH Kementerian Pelajaran Malaysia Pokok Tai 06720 Pendang KEDAH DARULAMAN Tel : 04-4684689 Faks : 04-4684482

Berita Semasa

Bookmark and Share

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PSPM I KEPADA PELAJAR-PELAJAR KMTK

Kepada semua pelajar-pelajar KMTK, pihak pengurusan, pensyarah dan staf KMTK, mengucapkan selamat menduduki peperiksaan PSPM kepada pelajar-pelajar. Semoga dipermudahkan olehNya, jawablah soalan dengan tenang. Sebagai membantu pelajar, di bawah ini disediakan beberapa doa yang baik untuk diamalkan (sepanjang minggu peperiksaan dan selepasnya). Moga-moga dapat dimanfaatkan bersama. InsyaAllah. SELAMAT MAJU JAYA.

 

 

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran

 

Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin

 

Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

 

 

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

 

Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa

Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai urusan kami dengan petunjukMu

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

 

Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu


Allahumma zakkirnii maa nasiit
- 3 kali

Maksudnya: "Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa"

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

 

Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa'

 

Maksudnya: "Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh"

 

Sumber : http://permai1.tripod.com/doa.html

MESYUARAT PERANCANGAN STRATEGIK KMTK

01-03 Oktober 2009 Hotel City Bayview Langkawi, Kedah

Pada tarikh yang dinyatakan di atas, sekumpulan pensyarah-pensyarah dari KMTK berkursus di Langkawi Kedah dengan dibantu oleh pengurusan Kolej Matrikulasi Kedah (Changlun). Tujuan mesyuarat tersebut adalah untuk menyediakan pelan prancangan strategik untuk KMTK. Seramai 16 pensyarah terlibat di dalam mesyuarat yang diadakan. Kami warga KMTK mengucapkan ribuan terima kasih kepada para fasilitator dari Kolej Matrikulasi Changlun yang sudi meluangkan masa memberikan pendedahan mengenai subjek yang dibincangkan. Terima Kasih sekali lagi, semoga pendedahan dan kursus ini dapat dijadikan panduan kepada KMTK untuk mencapai visi dan matlamat yang telah ditetapkan.

PROGRAM PELAJAR DI HARVARD SUNGAI PETANI

01-03 Oktober 2009 Hotel Harvard Sungai Petani, Kedah

Jika pensyarah-pensyarah KMTK bersidang di Bayview, Langkawi, para pelajar pula telah berkumpul di Hotel Harvard Sg Petani untuk sesi motivasi pelajar. Sekumpulan pensyarah juga telah ditugaskan untuk mengiringi pelajar di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sana. Pensyarah bertindak sebagai fasilitator dan pemudah cara kepada para pelajar. Kaunselor turut terlibat di dalam memainkan peranan di dalam program pelajar ini. Semoga program yang dijalankan ini dapat memberi pendedahan menyeluruh kepada pelajar, bagaimana untuk bersedia fizikal dan mental ke atas PSPM yang bakal menjelang pada minggu hadapan. Kepada semua para pelajar dan pensyarah yang terlibat, syabas diucapkan.

SELAMAT HARI RAYA

Sumber : VectorismSumber : Vectorism

Salam, kami warga KMTK, mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung lawan web, dan khususnya buat para pelajar, pensyarah dan kakitangan. Pada mereka yang akan pulang ke destinasi masing-masing, bacalah Doa Menaiki Kenderaan dan pandulah dengan cermat. Semoga anda tiba dengan selamat dan hari raya bertambah seri dengan kunjungan ukhwah sesama sanak saudara dan sahabat handai.

 

Pesanan kepada para pelajar, jagalah kesihatan diri anda dengan baik sewaktu menyambut perayaan ini. Terima Kasih.

 

JAMUAN RAYA KMTK, JALINAN UKHWAH BERSAMA SEKOLAH TEKNIK PENDANG (STEP) - 30 September 2009 / 10 Syawal 1431H

Doa Naik Kenderaan Doa Naik Kenderaan
Portal KMTK Portal KMTK

PORTAL PENDIDIKAN KMTK : UP & RUNNING

Salam, warga KMTK, Portal Pendidikan KMTK yang berasaskan enjin LMS (Learning Management System) Sumber Terbuka Moodle telah berjaya dibangunkan dengan menggunakan sumber luar ninehub.com . Pelajar digalakkan untuk ke laman tersebut di alamat di bawah dan membuka akaun sendiri (sebaiknya menggunakan ID Facebook dan katalaluan yang sama bagi mengelakkan terlalu banyak katalaluan yang perlu diingat ) Semoga teknologi ini dimanfaatkan untuk pendidikan. InsyaAllah !

 

http://kmtkportal.ninehub.com

 

 

Prof Dr Md Razali Ayub bergambar kenangan bersama Tn Hj Hashim Mohamad Prof Dr Md Razali Ayub bergambar kenangan bersama Tn Hj Hashim Mohamad

Kunjungan Prof Dr. Md. Razali Ayub (Dekan Fakult Kejuruteraan Mekanikal Universiti Teknikal Malaysia Melaka) - UTeM

Kami warga KMTK di sini, amat berbesar hati menerima kunjungan Prof Dr. Md Razali Ayub dari UTeM. Beliau merupakan dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal tiba di sini pada 09 Sept 2009 bertujuan untuk memberikan ceramah motivasi dan juga mendedahkan mengenai Universiti Teknikal Malaysia Melaka kepada para pelajar. Para pelajar KMTK mendapat maklumat mengenai kursus-kursus yang ditawarkan dan juga prospek kerjaya di masa hadapan. Kami di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau di atas kunjungan singkat di sini. Semoga kunjungan beliau ke sini memberi manfaat kepada semua. InsyaAllah.

 

Jalur Gemilang Jalur Gemilang

1MALAYSIA :: KMTK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI KEBANGSAAN YANG KE-52

Kami warga KMTK seluruhnya, mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-52, semoga keharmonian dan kesejahteraan negara Malaysia berkekalan hendaknya, semoga rakyat Malaysia beroleh keamanan dengan memupuk semangat perpaduan, tolak ansur dan setia pada prinsip rukunegara.

 

Marilah menjayakan Hari Kebangsaan ini dengan melafazkan, memanjatkan kesyukuran kepada yang Esa. InsyaAllah !

Program Perkongsian Ilmu di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas

Pada 27 - 29 Ogos 2009 telah diadakan satu Program Perkongsian Ilmu anjuran unit akademik dengan kerjasama unit HEP KMTK. Program ini adalah untuk membangkitkan kembali motivasi pelajar serta menerapkan strategi pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Program ini melibatkan kesemua pensyarah subjek teras dan juga beberapa pelajar-pelajar yang dilantik sebagai fasilitator. Di samping itu juga, program ini turut mencerminkan inisiatif pihak kolej di dalam mengeratkan hubungan silaturrahim para pelajar dengan Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), di mana sembahyang terawih dilaksanakan di KMPP. Tuan rumah KMPP memberikan kerjasama yang terbaik dan kami warga KMTK mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada rakan sekerja di sana.

 

Kami warga KMTK mengucapkan syabas kepada para pelajar dan pensyarah yang menjayakan program ini. Tahniah !

 

Salam Ramadhan Salam Ramadhan

Kami warga KMTK, mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Berpuasa / Salam Ramadhan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam , khususnya para pelajar, pensyarah dan kakitangan di KMTk ini. Bersama-sama kita melipat-ganda amalan di bulan penuh berkat ini. InsyaAllah.  Salam Ramadhan Semua !

YouTube-Video

Marilah Berdoa !

 

Kami warga KMTK memandang serius akan penularan virus Influenza A H1N1 di negara ini. Justeru selain daripada apa yang telah dicadangkan/disarankan oleh media elektronik (kerap membasuh tangan, bersin dengan tisu, buang tisu yang telah digunakan) terdapat doa-doa yang amat baik jika diamalkan. Oleh itu marilah kita bersama-sama menjaga kebersihan diri (bersih itu separuh daripada iman) dan mengamalkan doa di bawah. InsyaAllah, semoga kita dilindungi dan dirahmati.

 

Pesanan ini adalah untuk semua, pelajar, pensyarah, staf dan juga pengunjung laman. Terima Kasih !

 

sumber Doa : dipetik dari laman facebook Ustaz Saidi Muhd Ali (pensyarah unit Pendidikan Islam, KMPk)

 

Laman Web H1N1

sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

YouTube-Video
Doa Doa

UPS - Ujian Pertengahan Semester

13-15 Julai 2009

 

Kami warga pensyarah Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah (KMTK), mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPS kepada semua para pelajar. SELAMAT MAJU JAYA !

 

YouTube-Video

Program Pendidikan Luar Tahun 2009

Kolej Matrikulasi Kedah (Pendang) 04 JULAI 2009 (SABTU)

Tempat : Pendang Lake Resort

 

KELAB PENDIDIKAN LUAR

 

Jawatankuasa Pelaksanaan

Penasihat : En Ahmad Syazwan Syarifudeen

Pengarah Projek : Mohd Kamal Mohd Kasim

Timb Pengarah : Nurul Nadiah Roslan

Setiausaha : Nurul Huda Md Ishak

Bendahari : Siti Nasihah Mukhtar

 

Para pensyarah dijemput hadir bersama bagi memeriahkan program-program yang diaturkan. Semoga memberi manfaat, insyaAllah.

Majlis Malam Silaturrahim

Kolej Matrikulasi Kedah (Pendang) 24 JUN 2009 / 1 REJAB 1430H (RABU)

 

Majlis anjuran Unit HEP & JPP KMK (Pendang) ini bertujuan untuk menyambut kehadiran bulan Rejab dengan mengadakan sedikit jamuan silaturrahim bagi mengeratkan persaudaraan di kalangan para pelajar dan kakitangan KMK (Pendang). Majlis akan diadakan di Dewan Makan KMK (Pendang) pada waktu yang telah ditetapkan iaitu jam 7 - 10 malam. Semoga dengan majlis ini para pelajar dan kakitangan dapat bertemu dan beramah mesra. InsyaAllah.

 

Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP)

Kolej Matrikulasi Kedah (Pendang) 2009 : 16 JUN 2009

 

Majlis berlangsung di Dewan Kuliah 1 KMK (Pendang) pada jam 10 pagi. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang kemudiannya disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu negeri Kedah sebelum diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah KMK (Pendang) , Tn Hj Hashim Mohamad. Dalam intipati ucapan beliau, ada disebutkan mengenai ciri-ciri kepimpinan beserta dengan asas dan penghayatan menjadi komuniti mata dan telinga pelajar-pelajar di KMK (Pendang) ini. Selesai ucapan dari pengarah, beliau menyerahkan watikah pelantikan kepada 15 orang pelajar yang telah dipilih melalui pilihanraya kampus yang diadakan minggu lalu.

 

Galeri Gambar di sini > Majlis Watikah Pelantikan JPP KMK (Pendang) 2009 <

Pilihanraya Kampus Sesi 2009/10 - 09 JUN 2009

 

Pilihanraya Kampus untuk pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar telah dijalankan pada 09 Jun 2009 bertempat di Bilik HEP, Kolej Matrkulasi Kedah (Pendang). Kesemua pelajar kolej (seramai 109 orang) telah menunaikan tanggungjawab dengan membuang undi sekitar jam 10:10 pagi (setelah selesai kuliah subjek masing-masing).

 

Para pelajar kelihatan begitu komited di dalam memilih calon-calon mereka, yang akan menjadi badan pelajar membantu di dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi. Justeru pihak kolej mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan pilihanraya ini.

 

 

TERIMA KASIH.